Sunday, May 30, 2021

BELI SET HIDROPONIK

Medan Hidroponik Domestik

Assalammualaikum w.b.t.

Kami di Kazz Hidroponik Domestik ada menjual GADGET untuk tanaman hidroponik pada harga RM70.00 satu set!



HARGA SANGAT BERPATUTAN UNTUK PELABURAN YANG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA DALAM BIDANG PERTANIAN!





Rasa mahal??
Tidak! tak mahal untuk kegunaan berpanjangan!


Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi :

No. Hp : 017-6640 460 , 017-356 2205 , 010-277 0132

Alamat : No.158, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Melaka, Malaysia

Facebook : fb.me/kazzhidroponikhq





Wednesday, March 26, 2014

PAKEJ RUMAH HIDROPONIK


PAKEJ HIDROPONIK


Kami membuat promosi Pakej rumah hidroponik ,harga biasa RM 5000. Tetapi untuk promosi pada tahun 2014 ini sahaja kami beri RM 4500.  Rumah Hidroponik ini sesuai untuk menanam secara komersial, boleh dijadikan aktiviti projek Lestari setiap sekolah subjek kemahiran hidup atau sains pertanian, boleh dijadikan sebagai projek komuniti, PDK dan sebagainya




HASIL SAYURAN HIDROPONIK






HASIL HERBA / ULAMAN HIDROPONIK



HASIL TANAMAN BUAHAN HIDROPONIK






HASIL TANAMAN BUNGAAN HIDROPONIK






        

  KELEBIHAN DAN KEUNIKAN HIDROPONIK DOMESTIK KAZZ

           1) Konsep Tanaman Yang Mudah

Kelebihan dan keunikan yang dimiliki oleh syarikat Kazz adalah tentang konsep yang diperkenalkan “Sistem Tanaman 3T” (Tanam, Tinggal, Tuai).  Konsep ini merujuk kepada cara pengendalian yang mudah, cepat dan berkesan dengan hasil sayuran yang dijamin bersih. Konsep asas penghidupan sayur bersistemkan hidroponik takung adalah sama bagi sistem asas penghidupan tumbuh-tumbuhan yang tidak bersistemkan hidroponik.  Perbezaannya adalah sistem hidroponik menggunakan air baja, takung, penutup takung  dan media pertumbuhan sebagai penganti tanah.  Cuba perhatikan penghidupan pokok kiambang di atas air, ia adalah suatu penghidupan secara hidroponik.  Konsep yang sama boleh dilakukan terhadap penanaman sayur jika kita tahu akan sukatan pemakanan pokok tersebut. Kaedah Domestik, tidak menggunakan pam elektrik dan tanah. murah dan praktikal dimana ia boleh ditanam sepanjang tahun dan tidak perlu penyiraman dan merumput. Selain itu, konsep hidroponik juga tidak perlu menggunakan racun serangga. Berupaya menghasilkan tanaman yang segar bersih dan bebas dari sisa racun dan bahan kimia yang berbahaya. Bersih, suci dan segar.



 


2)  Pembekal Utama Hidroponik Di Malaysia
Selain itu, perniagaan hidroponik yang dijalankan oleh Kazz tiada persaingan dari dalam negara dan juga di luar negara.  Syarikat Kazz merupakan satu-satunya syarikat pembekal utama peralatan hidroponik di Malaysia.  Berbeza dengan industri lain yang mempunyai banyak saingan daripada produk perniagaan yang sama.



b.

3) Terdapat unsur Inovatif dan Kreatif

Seterusnya, kelebihan perniagaan kami terdapat unsur inovasi dan kreatif.  Kesan inovasi dalam masyarakat ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.  Keadaan ini dapat dikaitkan dengan produk kami yang mudah digunakan oleh semua golongan dengan konsep yang diperkenalkan “3T” (Tanam, Tinggal, Tuai).  Produk ini juga dapat memberi penyelesaian dan manfaat kepada isi rumah untuk tidak membeli sayuran di luar dengan menanam sayuran hidroponik yang berkualiti yang menjamin kesihatan.  Manfaat dalam negara pula, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengimportan sayur dari negara luar.  Seperti yang sedia maklum, Thailand merupakan pembekal utama sayur di Malaysia yang menjadi persoalan mengapakah sayur daripada Thailand dilambakkan di Malaysia?  Situasi ini berbeza dengan Negara yang membangun contoh seperti Negara Singapura, mereka tidak menerima sayuran daripada Thailand di masukkan di Negara mereka.  Ini kerana mereka sedar tentang kepentingan kualiti sayur yang dimakan, hal ini kerana mereka khuathiri penggunaan racun yang berbahaya digunakan pada tanaman akan memberi kesan kepada penduduk Singapura.  Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengimportan dalam negara serta dapat mengurangkan cukai yang dikenakan kepada negara.  Manfaat kepada alam sekitar pula, hasrat kerajaan dalam kempen “bumi hijau” dapat direalisasikan dengan penanaman tanaman hidroponik di atas bumbung yang dinamakan “Bumbung Hijau”.  Seperti negara membangun Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura, mereka telah mengatasi masalah pemanasan global dengan menanam tanaman di atas bumbung di setiap bangunan.  Ini dapat mengatasi masalah negara yang mengalami pemanasan global akibat pembinaan bangunan pencakar langit, penggunaan elektrik yang tidak terkawal dan pelepasan gas karbon dioksida.  Hasil tanaman sayuran yang ditanam dapat menjana pendapatan dengan menjualnya berbanding dengan tanaman yang ditanam di negara luar, mereka hanya menanam hanya tujuan untuk mengurangkan pemanasan global.


4) Tidak Memerlukan Kawasan yang luas

Tanaman hidroponik yang kami perkenalkan tidak memerlukan kawasan yang luas, tidak memerlukan berekar-ekar tanah untuk menanam hidroponik.  Tanaman hidroponik boleh dibuat secara bertingkat-tingkat mengikut kehendak individu.  Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk bercucuk tanam kerana tiada ruang untuk menanam, tanaman hidroponik adalah penyelesaiannya.  Dengan tanaman hidroponik, mereka boleh menanam hanya di tepi rumah, balkoni, porch, patio.  Mereka yang tinggal di apartment, pangsapuri, kawasan perumahan, kondominium, rumah pangsa mendapat peluang menikmati sendiri sayur yang ditanam.



5) Tanaman Alternatif

Kelebihan seterusnya, dengan kempen “Merakyatkan Hidroponik”, masyarakat tidak perlu khuatir sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau dan sebagainya , hidroponik boleh menjadi tanaman alternatif kepada negara dan masyarakat jika berlakunya hal sedemikian.  Apa berlaku jika Malaysia mengalami tanah gersang, tiada cara lain untuk mengatasinya selain daripada menanam kaedah hidroponik.  Kerajaan perlu mengambil alternatif ini sebagai langkah berjaga-jaga apabila perkara yang tidak diingini berlaku di negara kita.  


6) Mudah dieksport

Selain itu, produk kami boleh dieksport ke negara luar kerana konsep yang diperkenalkan oleh syarikat kami tiada persaingan di dalam dan di luar negara.  Konsep hidroponik yang diperkenalkan adalah Hidroponik Domestik yang tidak menggunakan pam. Ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan individu dan meningkatkan hasil pendapatan negara.  Hal ini dapat mengharumkan nama Malaysia apabila produk inovasi ini diperkenalkan di luar negara.


7) Buatan Malaysia
Keunikan dan kelebihan produk kami, semua bahan mentah yang digunakan didapati dalam Malaysia. Jadi, risiko kenaikan harga bahan mentah tidak perlu dikhuatiri.  Harga 1 set Lengkap Hidroponik hanya RM 50.00 mampu dimiliki oleh semua golongan samada berpendapatan tinggi dan rendah.


8) Mudah, Murah dan Mesra Alam

Set Hidroponik merupakan set yang ringkas, mudah serta mesra alam, ia berupaya menghasilkan tanaman yang segar, bersih dan bebas dari sisa baki racun dan bahan kimia berbahaya. Set ini tidak menggunakan pam elektrik, murah dan praktikal di mana ia boleh di tanam sepanjang tahun dan tidak perlu penyiraman dan merumput.  Individu yang berkerjaya dan tiada masa untuk bercucuk tanam, hidroponik adalah penyelesaiannya kerana konsep “3T” yang tidak memerlukan penyiraman dan penjagaan, ianya terlalu mudah.  Set Hidroponik sesuai dijadikan landskap dan membantu memperindahkan persekitaran dengan penjimatan ruang tanah.


9) Alat Bantuan Mengajar di sekolah

Selain itu, set hidroponik ini sesuai dijadikan alat bantuan mengajar di sekolah-sekolah, Tadika, IPTA & I PTS.  Konsep tanaman yang kami perkenalkan adalah konsep 3T (Tanam, Tinggal, Tuai).  Ianya sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh para pelajar yang mempunyai subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.  Ianya mudah dipelajari dan dipraktik oleh para pelajar.  Selain itu, hasil tanaman dapat dijual kepada warga sekolah mahupun kepada ibu bapa para pelajar dan dapat dijadikan hasil keuntungan kepada ahli kelab persatuan di sesebuah sekolah.  Pakej Hidroponik yang diperkenalkan di sekolah dinamakan “Pakej Eduponic” iaitu “Education Hidroponik”.  Sekolah diberi pilihan samada ingin membeli Set Hidroponik atau Pakej Rumah Hidroponik. Pakej Education Hidroponik yang di jual oleh kami hanya RM 5,000 untuk sekola-sekolah di seluruh Malaysia. Pakej tersebut sekolah-sekolah akan mendapat 1 set rumah hidroponik, 30  takung, 30 baja cecair (untuk setahun),30 polistrin, 30 cawan sukatan, 240 pcs bakul media, 30 benih dan 30 paket benang.  Untuk pakej ini, penghantaran,  pemasangan dan ceramah teori dan praktikal oleh pakar hidroponik Malaysia percuma. Untuk semenanjung Malaysia sahaja




10) Mendidik Kanak-kanak di peringkat awal

Di rumah juga, ibu bapa atau penjaga boleh memberi pendedahan kepada anak-anak bermula usia 5 tahun tentang tanaman hidroponik.  Mereka berpeluang menanam sendiri dengan mudah dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak berbanding tanaman tanah yang memerlukan cangkul untuk menanam. Dalam pada yang sama kanak-kanak dapat meningkatkan IQ mereka dengan mengetahui tumbesaran tanaman hidroponik.


11) Tidak Memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian

Hidroponik ini tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian untuk mengendalikannya kerana konsep yang diperkenalkan amat mudah difahami dan ringkas. Walau hanya suri rumah sahaja juga tidak menjadi masalah untuk mempelajari konsep asas tanaman hidroponik syarikat kami disamping mereka dapat menjimatkan kos keluarga dan yang paling penting sekali adalah menjaga kesihatan ahli keluarga dengan sayuran yang bersih dan berkualiti.


12) Produk tiada Tempoh Luput

Seterusnya, hidroponik yang dikeluarkan oleh Kazz juga terjamin ketahanannya, di mana tiada tarikh luput bagi sesuatu bahan dan boleh dikekalkan penggunaannya selama mungkin.  Hal ini berbeza dengan industri pemakanan di mana, bahan-bahan yang dikeluarkan perlu dipastikan ketahanannya terlebih dahulu sebelum dipasarkan.  Sebagai contohnya, jika terdapat individu ingin menjadi ejen penjualan kami, mereka tidak perlu khuatir tentang ketahanan produk kami dan tidak akan memberi risiko dan kerugian kepada mereka, malahan mendapat keuntungan melalui “Pakej Ejen Hidroponik” yang telah kami tawarkan.


13) Tanaman yang Fleksibel

kelebihan dan keunikan yang terdapat pada produk kami adalah, hidroponik bukan sahaja untuk tanaman sayuran, tetapi juga sesuai dan fleksibel untuk tanaman berbunga, berbuah dan ulaman.  Ini bermakna, hidroponik bukan la sesuatu yang terhad penggunaannya hanya kepada sayuran sahaja, malahan dapat dimanfaatkan dengan tanaman lain.  Ini bersesuaian dengan individu yang berminat dengan tanaman dan secara tidak langsung mereka dapat mempelajari tanaman bunga, berbuah dan ulaman dengan menggunakan cara hidroponik, teknik ini lebih mudah berbanding dengan tanaman medium tanah yang memerlukan lebih perhatian dan penjagaan yang rumit.  Tanaman hidroponik tidak mempunyai serangga perosak, dan yang paling penting ianya paling mudah dijaga




14) Tidak mengira peringkat usia

Hidroponik boleh dilakukan oleh semua peringkat usia, tidak kira usia untuk dikendalikan.  Wa’imah, golongan emas juga berpeluang selagi Allah S.W.T. mengizinkan kudrat untuk melepaskan benih ke dalam bakul media hidroponik selagi itulah mereka berpeluang untuk menanam hidroponik.  



15) Boleh ditanam secara bertingkat-tingkat

Tanaman hidroponik Kazz ini dapat menjimatkan ruang. Dimana sesiapa yang ingin membuat secara komersial tidak memerlukan kawasan tanah yang banyak .keran ianya boleh ditanam scara bertingkat-tingkat


16) Tidak Penghalang untuk golongan OKU


Golongan Kurang Upaya (OKU) terbahagi kepada 7 kategori, iaitu, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya mental, dan kurang upaya pelbagai.  Namun tiada penghalang bagi golongan ini untuk bercucuk tanam secara hidroponik kerana konsep yang diperkenalkan oleh kami sangat mudah dan ringkas serta tiada proses yang merumitkan seperti tanaman tanah yang memerlukan cangkul untuk menanam.  Berbanding dengan konsep hidroponik “anggota badan diibaratkan cangkul kepada tanaman hidroponik”.. Hal ini dapat dibuktikan melalui pertandingan Karnival Peringkat Kebangsaan,  Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.  Negeri Sembilan muncul sebagai juara dengan membawa produk hidroponik untuk dipertandingkan. Berikut merupakan contoh gambar golongan OKU di PDK Juasseh dan Hospital Mental, Muar : 



17) Golongan di Pandang rendah boleh menjadi ushawan hidroponik

Syarikat kami tidak mengira latar belakang , sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan tani kerana hidroponik sangat mudah dipelajari walaupun tiada pelajaran tinggi, hanya dalam masa sehari selepas mendengar ceramah hidroponik, mereka boleh menjadi pakar hidroponik.   Contohnya, bekas penagih dadah, golongan ini dipandang hina oleh masyarakat dan keluarga, namun kami sedia membantu mengubah nasib mereka kerana kami yakin jika berjaya golongan ini, masyarakat dan keluarga dapat menerima dan tidak menganggap mereka sebagai “sampah masyarakat”.  Berikut merupakan contoh gambar peserta AADK Melaka Tengah yang mengikuti bengkel hidroponik :







AKTIVITI KAZZ



















CARA  PENANAMAN HIDROPONIK DOMESTIK




Tuangkan 20 liter air paip ke dalam takung hidroponik

 ( paras air kira-kira 1 inci dari atas)






Tutup takung dengan penutup polistreen




Sumbat benang kedalam bakul media





Tarik benang seperti membuat sumbu basahkan benang 
tersebut menggunakan air paip





        Semaikan 3 biji benih pada setiap bakul




Masa percambahan adalah 2 ke 3 hari. Pada hari ke 7, 
cabutkan 1 anak pokok di dalam  bakul tersebut dan
 biarkan 2 anak pokok yang lain untuk 
pertumbuhan seterusnya.





Kemudian sediakan baja.  Masukkan 20 cawan penyukat 
air paip   tuangkan kesemua baja hidroponik ke dalam bekas




    Tuangkan kesemua baja hidroponik cecair ke
 dalam bekas tersebut




Kacaukan baja tersebut sehinggah sebati
  ( tutup dan simpan sehinggah hari ke 7 )
    jangan dedah pada cahaya matahari.




Tuangkan 2 cawan sukatan (500ml) baja yang telah
 disebatikanke dalam takung hidroponik , pada hari 
ketujuh penanaman. 





Kacau baja dan air di dalam takung
      hidroponik supaya sebati. 





Masuk kan ikan ke dalam  takung hidroponik. 





Tutup semula takung tersebut dengan  penutup  polistreen.
Tuai selepas  4/5 minggu





Tutupkan bekas yang berisi baja yang telah disebatikan. 
Jangan dedahkan baja yang telah sebatikan kepada 
sinaran matahari. pastikan simpan di tempat 
redup dan sejuk.





Masa tuai ialah  lebih kurang 4 hingga 6 minggu 
     tertakluk kepada jenis sayur yang di tanam.