KELEBIHAN DAN KEUNIKAN HIDROPONIK DOMESTIK KAZZ
1) Konsep Tanaman Yang Mudah
Kelebihan dan keunikan yang dimiliki
oleh syarikat Kazz adalah tentang konsep yang diperkenalkan “Sistem Tanaman 3T”
(Tanam, Tinggal, Tuai). Konsep ini
merujuk kepada cara pengendalian yang mudah, cepat dan berkesan dengan hasil
sayuran yang dijamin bersih. Konsep asas penghidupan sayur bersistemkan hidroponik takung adalah sama
bagi sistem asas penghidupan tumbuh-tumbuhan yang tidak bersistemkan
hidroponik. Perbezaannya adalah sistem
hidroponik menggunakan air baja, takung, penutup takung dan media pertumbuhan sebagai penganti
tanah. Cuba perhatikan penghidupan pokok
kiambang di atas air, ia adalah suatu penghidupan secara hidroponik. Konsep yang sama boleh dilakukan terhadap
penanaman sayur jika kita tahu akan sukatan pemakanan pokok tersebut. Kaedah
Domestik, tidak menggunakan pam elektrik dan tanah. murah dan praktikal dimana
ia boleh ditanam sepanjang tahun dan tidak perlu penyiraman dan merumput.
Selain itu, konsep hidroponik juga tidak perlu menggunakan racun serangga.
Berupaya menghasilkan tanaman yang segar bersih dan bebas dari sisa racun dan
bahan kimia yang berbahaya. Bersih, suci dan segar.
2) Pembekal Utama Hidroponik Di Malaysia
Selain itu, perniagaan hidroponik yang dijalankan oleh Kazz tiada
persaingan dari dalam negara dan juga di luar negara. Syarikat Kazz merupakan satu-satunya syarikat
pembekal utama peralatan hidroponik di Malaysia. Berbeza dengan industri lain yang mempunyai
banyak saingan daripada produk perniagaan yang sama.
|
3) Terdapat unsur Inovatif dan Kreatif
Seterusnya, kelebihan perniagaan kami terdapat unsur inovasi dan
kreatif. Kesan inovasi dalam masyarakat
ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan produk
kami yang mudah digunakan oleh semua golongan dengan konsep yang diperkenalkan
“3T” (Tanam, Tinggal, Tuai). Produk ini
juga dapat memberi penyelesaian dan manfaat kepada isi rumah untuk tidak
membeli sayuran di luar dengan menanam sayuran hidroponik yang berkualiti yang
menjamin kesihatan. Manfaat dalam negara
pula, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengimportan sayur dari negara luar. Seperti yang sedia maklum, Thailand merupakan
pembekal utama sayur di Malaysia yang menjadi persoalan mengapakah sayur
daripada Thailand dilambakkan di Malaysia?
Situasi ini berbeza dengan Negara yang membangun contoh seperti Negara
Singapura, mereka tidak menerima sayuran daripada Thailand di masukkan di
Negara mereka. Ini kerana mereka sedar
tentang kepentingan kualiti sayur yang dimakan, hal ini kerana mereka khuathiri
penggunaan racun yang berbahaya digunakan pada tanaman akan memberi kesan
kepada penduduk Singapura. Ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengimportan dalam negara serta dapat
mengurangkan cukai yang dikenakan kepada negara. Manfaat kepada alam sekitar pula, hasrat
kerajaan dalam kempen “bumi hijau” dapat direalisasikan dengan penanaman
tanaman hidroponik di atas bumbung yang dinamakan “Bumbung Hijau”. Seperti negara membangun Amerika Syarikat,
Jepun dan Singapura, mereka telah mengatasi masalah pemanasan global dengan
menanam tanaman di atas bumbung di setiap bangunan. Ini dapat mengatasi masalah negara yang
mengalami pemanasan global akibat pembinaan bangunan pencakar langit,
penggunaan elektrik yang tidak terkawal dan pelepasan gas karbon dioksida. Hasil tanaman sayuran yang ditanam dapat
menjana pendapatan dengan menjualnya berbanding dengan tanaman yang ditanam di
negara luar, mereka hanya menanam hanya tujuan untuk mengurangkan pemanasan
global.
4) Tidak Memerlukan Kawasan yang luas
Tanaman hidroponik yang kami perkenalkan tidak memerlukan kawasan yang
luas, tidak memerlukan berekar-ekar tanah untuk menanam hidroponik. Tanaman hidroponik boleh dibuat secara
bertingkat-tingkat mengikut kehendak individu.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk bercucuk tanam kerana tiada
ruang untuk menanam, tanaman hidroponik adalah penyelesaiannya. Dengan tanaman hidroponik, mereka boleh
menanam hanya di tepi rumah, balkoni, porch, patio. Mereka yang tinggal di apartment, pangsapuri,
kawasan perumahan, kondominium, rumah pangsa mendapat peluang menikmati sendiri
sayur yang ditanam.
5) Tanaman Alternatif
Kelebihan seterusnya, dengan kempen “Merakyatkan Hidroponik”, masyarakat
tidak perlu khuatir sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau dan
sebagainya , hidroponik boleh menjadi tanaman alternatif kepada negara dan
masyarakat jika berlakunya hal sedemikian.
Apa berlaku jika Malaysia mengalami tanah gersang, tiada cara lain untuk
mengatasinya selain daripada menanam kaedah hidroponik. Kerajaan perlu mengambil alternatif ini
sebagai langkah berjaga-jaga apabila perkara yang tidak diingini berlaku di
negara kita.
6) Mudah dieksport
Selain itu, produk kami
boleh dieksport ke negara luar kerana konsep yang diperkenalkan oleh syarikat
kami tiada persaingan di dalam dan di luar negara. Konsep hidroponik yang diperkenalkan adalah
Hidroponik Domestik yang tidak menggunakan pam. Ini secara tidak langsung dapat
menambah pendapatan individu dan meningkatkan hasil pendapatan negara. Hal ini dapat mengharumkan nama Malaysia
apabila produk inovasi ini diperkenalkan di luar negara.
7) Buatan Malaysia
Keunikan dan kelebihan produk kami, semua bahan mentah yang digunakan
didapati dalam Malaysia. Jadi, risiko kenaikan harga bahan mentah tidak perlu
dikhuatiri. Harga 1 set Lengkap
Hidroponik hanya RM 50.00 mampu dimiliki oleh semua golongan samada
berpendapatan tinggi dan rendah.
8) Mudah, Murah dan Mesra Alam
Set Hidroponik merupakan set yang ringkas, mudah serta mesra alam, ia
berupaya menghasilkan tanaman yang segar, bersih dan bebas dari sisa baki racun
dan bahan kimia berbahaya. Set ini tidak menggunakan pam elektrik, murah dan
praktikal di mana ia boleh di tanam sepanjang tahun dan tidak perlu penyiraman
dan merumput. Individu yang berkerjaya
dan tiada masa untuk bercucuk tanam, hidroponik adalah penyelesaiannya kerana
konsep “3T” yang tidak memerlukan penyiraman dan penjagaan, ianya terlalu
mudah. Set Hidroponik sesuai dijadikan
landskap dan membantu memperindahkan persekitaran dengan penjimatan ruang
tanah.
9) Alat Bantuan Mengajar di sekolah
Selain itu, set hidroponik ini sesuai dijadikan alat bantuan mengajar di
sekolah-sekolah, Tadika, IPTA & I PTS.
Konsep tanaman yang kami perkenalkan adalah konsep 3T (Tanam, Tinggal,
Tuai). Ianya sesuai dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh para pelajar yang mempunyai subjek
Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
Ianya mudah dipelajari dan dipraktik oleh para pelajar. Selain itu, hasil tanaman dapat dijual kepada
warga sekolah mahupun kepada ibu bapa para pelajar dan dapat dijadikan hasil
keuntungan kepada ahli kelab persatuan di sesebuah sekolah. Pakej Hidroponik yang diperkenalkan di
sekolah dinamakan “Pakej Eduponic” iaitu “Education Hidroponik”. Sekolah diberi pilihan samada ingin membeli
Set Hidroponik atau Pakej Rumah Hidroponik. Pakej Education Hidroponik yang di
jual oleh kami hanya RM 5,000 untuk sekola-sekolah di seluruh Malaysia. Pakej
tersebut sekolah-sekolah akan mendapat 1 set rumah hidroponik, 30 takung, 30 baja cecair (untuk setahun),30
polistrin, 30 cawan sukatan, 240 pcs bakul media, 30 benih dan 30 paket benang.
Untuk pakej ini, penghantaran, pemasangan dan ceramah teori dan praktikal
oleh pakar hidroponik Malaysia percuma. Untuk semenanjung Malaysia sahaja
10) Mendidik Kanak-kanak di peringkat awal
Di rumah juga, ibu bapa atau penjaga boleh memberi pendedahan kepada
anak-anak bermula usia 5 tahun tentang tanaman hidroponik. Mereka berpeluang menanam sendiri dengan
mudah dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak berbanding tanaman tanah yang
memerlukan cangkul untuk menanam. Dalam pada yang sama kanak-kanak dapat meningkatkan
IQ mereka dengan mengetahui tumbesaran tanaman hidroponik.
11) Tidak Memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian
Hidroponik ini tidak
memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian untuk
mengendalikannya kerana konsep yang diperkenalkan amat mudah difahami dan
ringkas. Walau hanya suri rumah sahaja juga tidak menjadi masalah untuk
mempelajari konsep asas tanaman hidroponik syarikat kami disamping mereka dapat
menjimatkan kos keluarga dan yang paling penting sekali adalah menjaga
kesihatan ahli keluarga dengan sayuran yang bersih dan berkualiti.
12) Produk tiada Tempoh Luput
Seterusnya, hidroponik
yang dikeluarkan oleh Kazz juga terjamin ketahanannya, di mana tiada tarikh
luput bagi sesuatu bahan dan boleh dikekalkan penggunaannya selama
mungkin. Hal ini berbeza dengan industri
pemakanan di mana, bahan-bahan yang dikeluarkan perlu dipastikan ketahanannya
terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Sebagai contohnya, jika terdapat individu ingin menjadi ejen penjualan
kami, mereka tidak perlu khuatir tentang ketahanan produk kami dan tidak akan
memberi risiko dan kerugian kepada mereka, malahan mendapat keuntungan melalui
“Pakej Ejen Hidroponik” yang telah kami tawarkan.
13) Tanaman yang Fleksibel
kelebihan dan keunikan yang terdapat
pada produk kami adalah, hidroponik bukan sahaja untuk tanaman sayuran, tetapi
juga sesuai dan fleksibel untuk tanaman berbunga, berbuah dan ulaman. Ini bermakna, hidroponik bukan la sesuatu
yang terhad penggunaannya hanya kepada sayuran sahaja, malahan dapat
dimanfaatkan dengan tanaman lain. Ini
bersesuaian dengan individu yang berminat dengan tanaman dan secara tidak
langsung mereka dapat mempelajari tanaman bunga, berbuah dan ulaman dengan
menggunakan cara hidroponik, teknik ini lebih mudah berbanding dengan tanaman
medium tanah yang memerlukan lebih perhatian dan penjagaan yang rumit. Tanaman hidroponik tidak mempunyai serangga
perosak, dan yang paling penting ianya paling mudah dijaga
14) Tidak mengira peringkat usia
Hidroponik boleh
dilakukan oleh semua peringkat usia, tidak kira usia untuk dikendalikan. Wa’imah, golongan emas juga berpeluang selagi
Allah S.W.T. mengizinkan kudrat untuk melepaskan benih ke dalam bakul media
hidroponik selagi itulah mereka berpeluang untuk menanam hidroponik.
15) Boleh ditanam secara bertingkat-tingkat
Tanaman hidroponik Kazz ini dapat menjimatkan ruang. Dimana sesiapa yang
ingin membuat secara komersial tidak memerlukan kawasan tanah yang banyak
.keran ianya boleh ditanam scara bertingkat-tingkat
16) Tidak Penghalang untuk golongan OKU
Golongan Kurang Upaya
(OKU) terbahagi kepada 7 kategori, iaitu, kurang upaya pendengaran, kurang
upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya
pertuturan, kurang upaya mental, dan kurang upaya pelbagai. Namun tiada penghalang bagi golongan ini
untuk bercucuk tanam secara hidroponik kerana konsep yang diperkenalkan oleh
kami sangat mudah dan ringkas serta tiada proses yang merumitkan seperti
tanaman tanah yang memerlukan cangkul untuk menanam. Berbanding dengan konsep hidroponik “anggota
badan diibaratkan cangkul kepada tanaman hidroponik”.. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pertandingan Karnival Peringkat Kebangsaan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Negeri Sembilan muncul
sebagai juara dengan membawa produk hidroponik untuk dipertandingkan. Berikut
merupakan contoh gambar golongan OKU di PDK Juasseh dan Hospital Mental, Muar :
17) Golongan di Pandang rendah boleh menjadi ushawan hidroponik
Syarikat kami tidak
mengira latar belakang , sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan tani kerana
hidroponik sangat mudah dipelajari walaupun tiada pelajaran tinggi, hanya dalam
masa sehari selepas mendengar ceramah hidroponik, mereka boleh menjadi pakar
hidroponik. Contohnya, bekas penagih
dadah, golongan ini dipandang hina oleh masyarakat dan keluarga, namun kami
sedia membantu mengubah nasib mereka kerana kami yakin jika berjaya golongan
ini, masyarakat dan keluarga dapat menerima dan tidak menganggap mereka sebagai
“sampah masyarakat”. Berikut merupakan
contoh gambar peserta AADK Melaka Tengah yang mengikuti bengkel hidroponik :
Dimana boleh says dapatkan set penanaman hidroponik..
ReplyDelete60108976407
Dimana boleh says dapatkan set penanaman hidroponik..
ReplyDelete60108976407