PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat Kazz Agrovalley Sdn. Bhd. adalah
satu-satunya syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Sejarah pelopor hidroponik bermula sejak 20
tahun yang lalu dengan menjalankan kegiatan penyelidikan dan seterusnya merumus
formula baja hidroponik pertama di Malaysia.
Kini, aktivitinya bertumpu kepada pengeluaran dan pengedaran
produk-produk pertanian yang dipelopori oleh Puan Khadijah Binti Surif dan
Encik Ahmad Bin Haji Yahya.
Pengalaman yang luas dalam bidang
baja hidroponik banyak menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya terhasilah Baja
Cecair Kazzponic yang terbukti berkesan dan menjimatkan. Trend penggunaan baja cecair adalah untuk
pelbagai jenis tanaman telah menular dan popular serta mendapat sambutan yang
menggalakkan untuk tanaman konvensional.
Seterusnya, syarikat Kazz Agro Valley telah menghasilkan konsep tanaman
yang tidak memerlukan tanah tetapi hanya menggunakan media cecair yang
mengandungi nutrient yang lengkap untuk tumbesaran pokok yang ditanam.
Syarikat Kazz Agro Valley bercadang
untuk melaksanakan dan mempraktikkan penanaman pegaga secara hidroponik kerana
dengan konsep ini, pegaga akan tumbuh dengan cepat dan mengeluarkan hasil yang
berkualiti tinggi. Hasil yang diperolehi
juga dijamin bersih dan bebas daripada sebarang racun dan makhluk perosak. Konsep ini tidak memerlukan tugasan merumpai,
menyiram dan mencangkul.
Syarikat Kazz Agrovalley telah
menyatakan hasrat “KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK” di mana ia bertujuan memberi
kesedaran kepada pengguna untuk menanam sayuran yang bersih, suci dan segar
untuk kegunaan sendiri di rumah atau di mana- mana walaupun hanya di kawasan
yang sempit seperti di rumah apartment. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kazz
ternyata memenuhi seruan kerajaan mengenai “Kempen Bumi Hijau” serta “Pertanian
Adalah Perniagaan” yang dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan bagu
mengatasi kegawatan ekonomi yang dialami masa kini.
AKTIVITI
SYARIKAT
a. Membekal
alatan hidrpoponik tanpa pam.
b. Membekal
rumah dan rak hidroponik domestic dan
komersial.
c. Memproses
dan membekal baja hidroponik.
d. Memberi
seminar dan kursus hidroponik.
e. Memberi
latihan dan tunjuk ajar.
f. Memberi
khidmat nasihat selepas jualan.
g. Mengadakan
promosi, pameran dan jualan.
h. Memproses
dan membekal baja cecair.
i.
Memproses dan membekal
hidrokultur
j.
Membekal tanaman
pegaga.
k. Melahirkan
usahawan dalam bentuk mentor- mentee
-Kazz shoppe
-Kazz kiosk
-Kazz mobile
-Kazz garden
Tuan,
ReplyDeleteSaya hendak mendapatkan serbuk pegaga, pegaga yang telah dikeringkan dan ekstrak dari pegaga. Saya boleh dihubungi melalui orotropicos@gmail.com atau +60122722951